Kisah Cili Kering, New Project Dan Subsale

17:45


 Salam semua.

Hari ni Jumaat 9/10/2020 jam 4.20 petang. Hari dah petang. 

Pagi tadi settle update owner, banker dan follow up inquiry rumah di Cheras dan juga follow up dengan owner yang nak jual rumah. Selesai cuma tak buat new leads untuk hari ini.

Selesai semua ni, saya siapkan kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, cuci bilik air, cuci baju, sidai baju dan masak. Tak lupa juga siapkan anak saya yang kecil, yaya. Mandikan dia, pakaikan dia baju dan suapkan dia makan. Suka dia.
.
Selepas selesai kerja-kerja rumah, saya mandi lagi sekali dan solat Zohor. Selesai itu, saya potong cili kering supaya mudah untuk saya memasak nanti.
.
Cili kering ni memang saya akan potong kecil-kecil supaya biji cili banyak yang keluar. Mungkin ramai yang tak tahu biji cili ni sangat bahaya untuk badan kita kerana ianya boleh terkumpul di buah pinggang kita. Jadi jaga kesihatan kita dengan jaga pemakanan kita. Ramai yang tak tahu juga dengan jaga pemakanan kita juga akan kekal cantik dan awet muda. Bilang mama.

Ok sebelum saya nak start key in listing saya, saya nak share tentang zoom meeting semalam. Just simple sharing. Saya harap saya dapat sampaikan dengan bahasa yang mudah semua faham.

Semalam adalah penerangan berkenaan new project dan subsale. Biasanya kalau sebut new project, ramai akan tahu ianya rumah baru yang sedang dibina. Tetapi sebut subsale, ramai yang masih tak tahu.

Subsale ini adalah rumah lama yang nak dijual oleh pemilik rumah. Jadi kebiasaannya, rumah subsale memang dah tersedia ada.

Apa perbezaan new project dan subsale? Apa kebaikan kedua-duanya?

Setiap apa saja yang kita nak beli, pasti ada kebaikan dan keburukan. Contoh beli kereta. Beli kereta lama atau beli kereta baru? Pasti ramai suka kereta baru. Deposit kereta baru juga rendah, adakala tiada deposit diperlukan. Kereta lama pula juga ada yang akan beli kerana harganya yang murah.

Begitu juga New Project dan Subsale. Ada kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan New Project.

1. Booking rendah. Ada serendah RM1000, RM500 dan RM100. Bergantung kepada offer dari developer pada masa itu.
2. Ada package menarik dari developer. Pembeli tidak terbeban dengan bayaran deposit rumah.
3. Yuran guaman ditanggung oleh developer. Pembeli tidak perlu membayar yuran guaman.
4. Anda mendapat rumah yang baru. Benda baru semua orang suka. Cat baru, dinding baru, dapur baru dan bilik air baru. Pendek kata semua baru.
5. Adakala developer akan bagi anda FREE GIFT. Contoh 2 biji aircond.

Kelebihan Subsale.

1. Harga rumah di bawah harga pasaran.
2. Harga rumah boleh dirunding.
3. Rumah sedia ada. Tiada risiko terbengkalai.

Kekurangan New Project.

1. Rumah belum siap. Perlu tunggu rumah siap. Anggaran antara 2 ke 3 tahun.
2. Kadar terbengkalai tinggi (perlu tahu latar belakang developer dan main contractor)

Kekurangan Subsale.

1. Perlukan tunai yang banyak.
2. Deposit 10% dari harga rumah. Contoh jika rumah 500K, perlukan deposit RM50K
3. Perlukan sediakan tunai bagi yuaran guaman. Anggaran 5% dari harga rumah. Andai harga rumah RM500K, yuran guaman adalah RM25K. (Untuk membeli sebuah rumah berharga RM500K, anda perlu menyediakan RM75K tunai upfront)
4. Adakala kondisi rumah kurang baik. Kondisi tidak seperti rumah baru. Kebanyakan rumah subsale berusia 10 tahun ke atas. Tetapi ianya masih win-win situation kerana harga yang anda tawarkan kepada owner boleh anda buat renovation. Yang paling bagus renovation itu adalah mengikut citarasa kita.

Jadi persoalannya, beli new project atau subsale? Jawapan bagi persoalan ini tidak boleh sama bagi setiap individu. Berbeza mengikut umur, pekerjaan dan tujuan.

Andai anda masih keliru samada nak pilih new project atau subsale, anda boleh hubungi mana-mana Perunding Hartanah atau anda boleh hubungi saya jika perlukan khidmat nasihat saya di 017-2672013.

Gambaran perbezaan antara New Project dan Subsale



Gambaran Harga Hartanah Di Malaysia. 


You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.