Bagaimana Cara Nak Pulihkan Diri Dari Penyakit Jasmani Dan Rohani?

22:08


Selamat malam semua.

Malam ini saya rasa nak berkongsi tentang penyakit jasmani dan rohani. Saya terpanggil nak share tentang ini kerana kebanyakan kita tak sedar sebenarnya kita semua sedang sakit. Semua termasuk saya.


Bermula dari penyakit rohani iaitu penyakit hati, ia membawa kepada penyakit jasmani. Hati penuh dengan dendam, marah, benci dan pelbagai lagi perasaan negatif.


Bagaimana cara nak merawat? Tip ini saya dapat dari seorang ustaz. Pesan beliau sedekahkan Al-Fatihah setiap hari pada diri kita sendiri.


Kita selalu sedekahkan Al-Fatihah kepada orang lain tetapi kita lupa diri kita juga perlukan khasiat Al-Fatihah.


Ubat diri kita, hati dan jiwa kita dengan Al-Fatihah supaya kita dapat hindarkan diri kita dari sebarang penyakit. Khasiat dan kebaikan Al-Fatihah sangat banyak.


Cara untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri

1. Niat "Sahaja aku sedekahkan Al-Fatihah ini kepada diriku"

2. Letak tangan kanan ke dada kiri dan baca dengan penuh penghayatan ke atas ayat Al-Fatihah sehingga anda boleh rasa bagaikan ianya mengalir dalam darah anda.


Lakukan setiap hari. Insya allah, anda pasti akan rasa perubahan dalam diri anda sendiri.


Mudah bukan? Selamat mencuba semua.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.