Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Hati Aku Sebak

10:34

 


Hari ini hati rasa sayu. Sebak. Sebak sehinggakan tak mampu nak kata apa-apa. Hari ini 12 Rabiul Awal, tarikh kelahiran Nabi kesayangan semua iaitu Nabi Muhammad SAW.


Aku tanya diri aku, apa benar aku sayang dan cinta pada beliau sebagaimana beliau cintakan aku walaupun beliau tak kenal aku?


Apa cukup selawatku? Apa cukup amalku untuk berjumpa dengannya di sana? Apa cukup segala perintah dan sunahnya aku lakukan?


Setiap malam aku minta untuk bertemu dengannya tapi doaku masih belum dimakbulkan. Pasti belum sempurna kecintaan aku padanya.


Aku masih jahil. Masih jauh. Walau setiap saat aku berselawat kepada beliau tetapi iainya masih belum menyamai cinta beliau kepada aku.


Mungkin selama ini aku mengharapkan lebih kecintaan manusia berbanding kecintaan beliau. Allah, sungguh jahil aku.


Aku menangis. Ianya sungguh nampak aku lemah. Tetapi aku anggap ianya satu kerinduaan aku pada beliau. Hanya mereka yang ada kerinduan pada Nabi Muhammad SAW akan memahami perasaan aku. Sungguh aku rindu. Aku tak pasti dapatkah aku berjumpa dengan beliau di Padang Masyar.


Buat kawan-kawan, sesungguhnya nabi kita sangat menyayangi kita. Walau ketika saat nyawanya ingin ditarik malaikat maut, beliau masih lagi memikirkan kita, umat yang tak pernah beliau jumpa. Lebih 1400 tahun beliau meninggalkan kita tetapi syafaatnya masih lagi kekal bersama kita.


Jangan pernah sekali-kali walau sehari kita lupa berselawat kepadanya dan juga sedekahkan al-fatihah kepadanya, keluarganya dan sahabatnya. Ianya perlu terus dilakukan sebagaimana kita setiap hari tanpa jemu mencari rezeki dan wang. 


Percayalah, satu hari di Padang Masyar kita akan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, satu persinggahan perjalanan kita menuju ke alam kekal kerana dunia ini hanya sementara.


Untuk lebih memahami kecintaan Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya, bolehlah lihat video ini;

https://www.youtube.com/watch?v=C2dLwCARBvU


Salam Maulidur Rasul buat semua kawan-kawan




You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.