Adakah Renovation Rumah Penentu Harga Jualan Tinggi?

13:18



Ini cerita subsale.

Perkara penting buat pemilik rumah. Persoalan mengenai renovation ini memang setiap Perunding Hartanah akan dapat dari pemilik rumah.

Jawapan ringkas adalah YA. Renovation rumah anda boleh membuatkan harga rumah anda dijual tinggi berbanding harga pasaran pada masa itu.

Contohnya rumah Double Storey di sesebuah taman perumahan, harga pasaran di kawasan itu kebanyakannya adalah dari RM380K ke RM400K bagi rumah basic condition.

Sekiranya ada renovation, harga boleh menjadi RM450K ke RM460K. Anda akan mendapat extra keuntungan antara RM70K ke RM80K.

Persoalannya adalah bagaimana sekiranya pemilik rumah tersebut di kawasan itu telah berhabis kos renovation sebanyak RM150K, bolehkah dia menjual lebih dari RM460K?

Jawapannya adalah sangat susah untuk dijual kerana pembeli rumah kini juga adalah bijak. Lebih-lebih lagi lambakan rumah subsale di sesebuah taman perumahan yang dijual terlalu banyak dan juga competition new project di sekitar kawasan perumahan tersebut.

Mereka boleh pilih tawaran rumah yang lebih baik buat mereka. Mereka boleh dapatkan rumah Semi D Cluster dengan budget yang sama atau memilih rumah baru tanpa ENTRY COST yang tinggi.

Bagaimana pula jika kos renovation adalah RM350K dan rumah double storey menjadi 3 Storey?

Saya teringat kata seorang rakan "andaikata sebuah kereta Kancil diubahsuai menjadi Mercedes, bolehkah ianya dijual dengan harga Mercedes?"

Jawapan mudahnya adalah "sebuah kereta Kancil adalah tetap kereta Kancil ianya tetap tidak boleh menjadi Mercedes"

Kereta Kancil tetap kereta Kancil dan Mercedes tetap Mercedes. Begitu juga dengan rumah. Double Storey tetap Double Storey, tidak boleh menjadi 3 Storey.

Persoalan yang paling penting adalah adakah renovation rumah anda mendapat kelulusan Majlis Daerah di kawasan anda?

Sekiranya jawapan anda adalah YA, maka anda beruntung kerana kos renovation anda akan diambil kira oleh valuer di dalam menentukan value rumah anda TETAPI hanya diambil separuh dari kos renovation tersebut.

Bagaimana sekiranya jawapan anda TIDAK? Sekiranya jawapan anda TIDAK, maka kos renovation anda tidak diambil kira oleh valuer rumah. Maka anda kerugian di sini.

Kesilapan kita adalah ramai orang buat renovation tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Daerah.

Buat pembaca semua, apabila ingin buat renovation rumah, dapatkan kelulusan Majlis Daerah. Sekurang-kurangnya valuer akan menilai rumah anda atas kadar renovation rumah anda. 

Andai anda hadapi masalah untuk semak nilai rumah anda, anda boleh hubungi saya di 017-2672013.

Saya adalah pakar dalam analisa harga dan telah membantu ramai pemilik rumah mendapatkan harga jualan yang tepat dan dijual dengan tempoh yang singkat.



You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.