Tak Semua Rumah Freehold Itu Menguntungkan, Beli Rumah Leasehold Pun Masih Untung

18:18




Bagi mereka yang sedikit celik ilmu hartanah, pasti mereka lebih teliti mencari rumah dengan melihat status rumah samada FREEHOLD atau LEASEHOLD.

Sebelum saya ulas lebih lanjut berkenaan tajuk di atas, apa kata kita faham dulu apa itu FREEHOLD dan LEASEHOLD.

Apa itu FREEHOLD?

FREEHOLD itu maksudnya adalah Pegangan Bebas. Maksud Pegangan Bebas adalah ianya tiada sekatan dalam jual beli. Sebab itu ramai yang suka FREEHOLD.

Tetapi jangan salah faham juga, terdapat FREEHOLD yang ada sekatan juga. Sekiranya FREEHOLD yang ada sekatan bermakna proses jual beli juga sama seperti LEASEHOLD.

Rumah FREEHOLD yang ada sekatan, perlu dapatkan kelulusan Kerajaan Negeri dan tempoh jual beli adalah 6 bulan ke atas sehingga Vacant Possession.

Proses normal jual beli FREEHOLD adalah 3 bulan. 

Apa Itu LEASEHOLD?

LEASEHOLD pula adalah bermaksud Pegangan Sementara. Sebab itu ramai tidak berapa suka LEASEHOLD sebab ianya jelas mengatakan Pegangan Sementara.

Tempoh LEASEHOLD pula ada yang 30, 60 dan 99 tahun. Sekiranya tempoh LEASEHOLD hampir tamat, anda boleh mohon RENEW TENURE LEASEHOLD.

Proses jual beli LEASEHOLD adalah 6 bulan. Bagi pemilik rumah LEASEHOLD BUMI perlu menjual hanya kepada BUMI sahaja.

Sebab itu, kini ramai BUMI yang beli rumah baru dan tidak ambil BUMI DISKAUN supaya dia dapat jual kepada NON BUMI.

Proses jual beli LEASEHOLD mengambil masa antara 6 bulan sehingga 1 tahun.

Ok, di atas saya telah terangkan serba sedikit maksud FREEHOLD dan LEASEHOLD.

Persoalannya, benarkah FREEHOLD itu pegangan kita selama-lamanya?

Jawapannya adalah TIDAK. Cuba kita belajar dari kes Ampang Park Mall, mereka juga kalah di mahkamah dengan tuntutan tidak membenarkan perolehan dibuat oleh kerajaan Wilayah Persekutuan bagi tujuan Stesen MRT.

Dari sini, kita perlu sedar bahawa samada pegangan FREEHOLD atau LEASEHOLD, kerajaan mempunyai HAK untuk membuat pengambil alihan (acquisition) jika perlu.

Masih ramai yang tidak jelas dengan Akta Perolehan Tanah (Land Acquisition Act) dimana ianya membenarkan pengambilan tanah dibuat bagi kepentingan umum, ekonomi atau lain-lain bersifat kepentingan awam. Akta ini terpakai untuk FREEHOLD dan LEASEHOLD.

Jadi apa perbezaan antara FREEHOLD dan LEASEHOLD?

1. Status tanah.

FREEHOLD - Pegangan selama-lamanya
LEASEHOLD - Pegangan sementara

2. Harga

FREEHOLD - Lebih mahal dan ada lebih value
LEASEHOLD - Lebih murah berbanding FREEHOLD di kawasan yang sama

Dalam keadaan sekarang ini, semakin sukar untuk kita mencari new development berstatus FREEHOLD yang berharga mampu untuk dimiliki, jika FREEHOLD yang mampu dimiliki, pasti lokasi jauh samada di Nilai atau Rawang.

Jadi sebenarnya, apa yang perlu dinilai apabila ingin membeli rumah?

1. Anda perlu tahu, anda beli rumah untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan?

2. Anda inginkan kawasan mana?

3. Anda perlu tahu berapa budget yang anda mampu untuk anda beli?

Kini terdapat banyak kawasan berstatus LEASEHOLD yang masih meningkat value hartanah mereka setiap tahun. Belum ada lagi hartanah LEASEHOLD yang tidak mempunyai value. Yang paling penting adalah kita perlu pilih kawasan yang betul. 

Anda masih lagi tidak tahu rumah mana yang sesuai untuk anda beli? Dan anda ingin tahu senarai hartanah LEASEHOLD yang masih lagi memberi value atau nilai yang tinggi? 

Anda boleh hubungi saya untuk lebih lanjut di 017-2672013.

Tempoh PKPB ini ada tawaran menarik buat anda dari developer. Hubungi saya dengan SEGERA.

Terima kasih kepada team Elite Legacy atas zoom training semalam beri pencerahan atas FREEHOLD dan LEASEHOLD.

Semoga perkongsian saya ini bermanafaat buat kawan-kawan semua.





You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.