Sayang Kita Kepada Nabi Kita, Tak Boleh Tandingi Sayang Nabi Kepada Kita

14:10


Assalamualaikum semua. Pasti hari ini semua orang dah mula bekerja. Semalam kita semua bercuti. Cuti Maulidur Rasul. Betulkan?

Samalah dengan akak. Cuma semalam ada kerja sikit. Ada orang nak tengok rumah, jadi akak selesaikan kerja akak semalam.

Bercakap tentang Maulidur Rasul, hari kelahiran junjungan Nabi kita, Muhammad saw. Berapa ramai yang selalu ingat Nabi kita? Ingat setiap hari tanpa ada perasaan jemu? Atau berapa ramai hanya ingat Nabi kita ketika hari Maulidur Rasul? Bermakna hanya setahun sekali kita ingat dia?

Satu masa dahulu, akak pernah berada di tahap itu. Tahap di mana hanya ingat Nabi kita ketika Maulidur Rasul. Masya allah, akak sangat jahil satu ketika dahulu. Bukan akak tak ingat selalu tetapi sangat kurang. Sangat jarang. Dahulu akak selawat setiap hari, tetapi sangat kurang. 3 kali atau 10 kali. Ye, betul. Akak akui dengan jujur. 

Maksud akak, ingat kita kepada Nabi adalah kita sentiasa selawat. Itu maksud akak tanda ingat. Ingat itu tanda cinta kita pada dia. Bila kenangkan semula, akak tak layak rasanya jadi umat Nabi. Masya allah, akak jahil ketika itu. 

Dulu, akak terlalu sibuk dengan kerja. Jangankan kata selawat, adakalanya solat pun akak tinggal dek kerana sibuk dengan kerja. Jahil akak ketika itu. Bila akak kenang semula, pasti mengalir airmata akak. Andai akak mampu putarkan waktu, akak nak jadi lebih baik.

Kenapa akak nangis? Akak nangis bila akak baca semula kisah Nabi kita, akak menangis kerana saat beliau nak wafat pun beliau masih lagi kenangkan kita sedangkan Nabi tak pernah kenal kita. Tak pernah jumpa kita. Setiap apa saja yang beliau buat, soalannya pasti untuk umat beliau. Ya Allah, kenapa Allah jadikan seorang Nabi yang punya hati yang sangat suci, sayangkan kita sepenuh hati.

Bukan selama ini akak tak pernah baca kisah-kisah Nabi kita, tetapi selama ini akak hanya baca saja. Untuk pengetahuan akak saja. Kini, setiap apa akak baca, akak baca dengan hati. Kerana itu akak menangis. Ya Allah, akak sangat jahil.

Pernah dengar kisah tentang solat? Sebenarnya dahulu solat kita adalah 50 kali sehari. Betapa Nabi sayangkan kita, beliau turun naik ke langit untuk berjumpa dengan Allah swt agar dikurangkan jumlah solat. Beliau tidak pernah jemu turun naik untuk minta sehinggalah kini kita hanya perlu solat 5 kali sehari.

Bayangkanlah dahulu solat 50 kali sehari pun para sahabat Nabi patuh, inikan kita hanya 5 waktu juga masih ada yang ketinggalan. Ketika itu, sahabat Nabi yang sentiasa menjaga ibadah juga bekerja dan berniaga dengan hebat sehingga kaya raya. Hebat semangat mereka melangkaui kita kini yang terlalu banyak beralasan. 

Marilah kita semua jujur sayangkan Nabi kita. Ingat Nabi saw setiap hari dengan berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Mungkin berat untuk permulaan tetapi sangat mudah apabila dibuat selalu. Berselawatlah sehingga hati ini menangis meratap kerana rindukan Nabi. Ketika itu, sangat indah perasaan itu. Tiada perkataan dapat digambarkan. Tiada siapa yang faham mengapa kita menangis kerana mengingati Nabi yang kita cintai.

Saat akak menulis ini, airmata akak juga mengalir. Menulis sambil mendengar video ini, dapat akak bayangkan bagaimana saat Nabi saw ketika wafat. Ya Allah, beruntungnya akak menjadi umat beliau. Ya Allah, izinkanlah aku bertemu dengan beliau. Seorang yang sangat mulia. Sangat suci.

"Ya Allah, aku masih lagi mendidik hati agar istiqomah dengan setiap niat dan tindakanku. Bantu aku Ya Allah kerana aku selalu tak sempurna. Izinkanlah aku bertemu dengannya kerana hati aku terlalu rindukannya"

Sekian catatan akak.

Salam Maulidur Rasul 



You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.