Perjuangan Belum Selesai

00:32


Diari: 18hb November 2018 | Ahad

Assalamualaikum semua. Mesti semua sedang berehat. Betul tak? Akak pun sama. Baru lepas tidurkan Yaya Mosyi akak ni. 

Akak semalam tak sempat nak berkongsi kisah akak. Yelah, sebenarnya setiap hari, setiap apa yang kita buat, lihat dan alami setiap hari pasti ada yang kita boleh ambil sebagai panduan ataupun pengajaran. Kalau tak percaya, cuba perhatikan betul-betul. Pasti kita akan nampak.

Alkisah semalam, akak ada seorang pembeli yang berminat nak tengok rumah di TTDI KL. Katanya nak beli untuk duduk. Biasanya akak memang akan tanya dulu baru akak akan ajak pembeli untuk datang ke Sales Gallery.

Sampai saja akak di sana semalam, selang 5 minit ada lagi rakan lain datang. Hafezah namanya. Katanya ada someone VVIP datang nak beli unit Bangalow di TTDI KL. Wahhh akak kagum dengan adik ini. Walaupun hanya Perunding Hartanah secara 'part-time' tetapi tindakannya luar biasa seperti orang yang 'full-time'.

Setiap orang, pintu rezekinya berbeza-beza tetapi Allah itu selalu Maha Adil. Dia akan beri rezeki kepada yang berusaha dan berdoa tanpa jemu. Sungguh, rezeki tak pernah salah alamat tetapi ianya tetap bergantung kepada usaha kita tanpa jemu.

Bagaimana adik ini dapat pembelinya? Dari booth je. Walaupun dia bekerja, waktu malamnya dia tetap akan jaga booth. Semangat dia hebat. Sedangkan dia ada 2 pilihan waktu itu, samada balik rumah dan rehat atau jaga booth. 

Sebenarnya, ramai yang dah dapat ramai pembeli dari booth tetapi akak kongsikan kisah adik ini kerana ianya baru semalam terjadi. Kebetulan akak ada di Sales Gallery pun sedang tunggu pembeli akak.

Jadi kesimpulannya, tiada istilah nasib dalam hidup kita sebenarnya. Memang betul adanya qada' dan qadar tetapi jangan dipandang rendah dengan doa yang Allah sediakan untuk kita. 

Semalam pun akak rasa happy sebab akak punya principal En Azlan dan Puan Adzura pun ada sekali untuk bantu adik Hafezah dalam membuat penyampaian kepada pembeli VVIP. Terasa semangat sikit. Selesai saja kerja kami semalam, sempatlah juga kami 'membawang' sebentar...hahaha

Sekian, perkongsian akak malam ni.


 Say Cheers....sportingkan Principal Kaizen Realty. Boleh ambil selfie



You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.