Cabaran Work From Home. Bagaimana Cara Nak Rasa Gembira Work From Home

12:02




Salam semua.


Hari ini dah masuk hari ke-3 PKPB kita. Pasti ramai yang diarahkan 'Work From Home' selama 2 minggu ini.

Sebenarnya bagi mereka yang tidak biasa bekerja dari rumah akan rasa stress atau tertekan untuk untuk permulaannya.  Lebih-lebih lagi buat ibu-ibu yang bekerja ditambah dengan ada anak kecil.

Duduk di rumah, fikiran serabut dengan mana satu yang nak dilakukan. Dengan anak datang menganggu lagi. Kejap nak itu dan ini. Ye, situasi ini tidak boleh dielakkan.

Sebenarnya anda boleh wujudkan suasana harmoni dan gembira apabila bekerja dari rumah tetapi semuanya bermula dengan DISIPLIN.

Berikut anda boleh cuba lakukan di rumah apabila 'WORK FROM HOME'

1. Buat jadual. Rancang jadual anda minggu tersebut. Contoh bila nak masak, bila nak basuh baju, bila nak kemas rumah dan sebagainya.

2. Bangun pagi. Bangun pagi seawalnya. Bangun pukul 5 pagi atau 5.30 pagi. Mandi awal pagi supaya badan segar. 'Work From Home' inilah masanya kita buat hubungan lebih dengan Allah. Selama kita bekerja kita selalu rushing untuk bersiap ke tempat kerja, maka ambil peluang ini. Buat solat tahajud, solat hajat, solat istikharah dan solat taubat. Kemudian sambung dengan solat sunat Subuh dan solat Subuh. Jika dapat boleh sambung dengan zikir dan baca Quran.

3. Kemas rumah. Bila kita nak bekerja di rumah, suasana rumah perlu kemas dan selesa. Sapu rumah dan mop rumah supaya lebih selesa. Basuh juga bilik air. Bilik air yang bersih juga bantu fikiran kita lebih selesa. Pastikan rumah teratur, tenang dan jika ingin suasana lebih tenang, anda boleh pasang aromaterapi. 

4. Masak awal pagi. Bagi mereka yang berkeluarga, memasak ini sangat penting. Anda perlu tahu, anak-anak dan suami kita perlu duduk di rumah tanpa boleh keluar rumah, maka mereka akan kerap makan. Masak dalam portion yang banyak supaya anda tidak perlu masak berulang kali. 

5. Basuh baju awal pagi. Lakukan semua tugasan rumah di awal pagi. Siap basuh baju awal pagi maka anda boleh sidai dengan segera. 

6. Bagi mereka yang ada anak kecil. Siapkan makanan mereka, pakaian mereka selepas mandi dan siapkan ruangan untuk mereka selesa bermain.

7. Siapkan ruangan kerja anda yang anda rasa selesa untuk bekerja tanpa ada gangguan. Pastikan kemas dan selesa. Sambil bekerja anda juga boleh pasang soft music.

8. Setkan masa bekerja anda. Anda juga perlu setkan masa bekerja anda. Hidup perlu balance. Baru kita akan lebih ceria.

9. Luangkan masa dengan anak-anak. Ambil masa untuk bermain-main dan berbual dengan mereka. Samada masa minum petang atau sambil berehat di petang hari.

10. Waktu malam pula anda boleh semak pelajaran anak-anak anda dan juga lipatlah baju-baju yang bertimbun tu (hanya mereka yang berkeluarga saja yang faham letihnya lipat baju)

11. Sebelum tidur, semak kerja anda dan buat TO DO LIST anda untuk esok hari. Perlu ingat, orang yang berjaya itu sentiasa MERANCANG. Maka rancang setiap hari anda.

12. Tidur awal. Walaupun anda tidak perlu keluar rumah tetapi anda perlu tidur awal supaya anda lebih bertenaga di pagi hari. Memang 'Work From Home' adakala kita rasa masa kita terlalu banyak tetapi sebenarnya masa kita sangat terhad jika kita tidak rancang masa kita.

Siap semua tugasan rumah, anda boleh lakukan kerja anda dengan tenang. Dengan bersiap sedia anda pasti akan rasa sebenarnya 'Work From Home' itu lebih seronok.


Selamat mencuba semua.




Cari mana-mana ruang yang anda rasa selesa untuk bekerja.


Sediakan ruangan kerja anda untuk lebih selesa.

 

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.