Ramai Sangka Kami Adik Beradik. Tips Kekal Awet Muda

12:49

 


Salam semua.

Disebabkan ramai yang tanya saya apa rahsia saya kekal muda, maka hari ini saya nak kongsikan rahsia saya selama ini. Selalu saya jarang nak kongsikan sebab saya tak pernah rasa saya ini nampak muda. Tapi setiap kali jumpa orang, mereka selalu sangka umur saya 30an.

Ok, gambar di atas adalah gambar saya dan mama. Mama nampak muda kan. Cuba teka umur mama berapa? Selalunya ramai sangka umur mama 40an tapi sebenarnya umur mama dah 64 tahun. Selalu jika saya berjalan dengan mama, ramai sangka kami adik beradik. Saya pula berumur 42 tahun. Dah 4 series sebenarnya.

Sebenarnya tak ada rahsia yang pelik-pelik. Semuanya bermula dari pemikiran kita, pemakanan kita dan cara kehidupan kita. Apa yang saya nampak mama saya ni walau apa juga keadaannya, samada dia adalah seorang suri rumah dan bekerja, dia tetap berpegang kepada satu kata iaitu wanita perlu cantik.

Mama adalah orang yang sangat positif. Walau bagaimana ujian hidup yang dia hadapi, dia tetap positif. Semangat itu yang saya kagum dengan mama. Sebab, ramai wanita saya jumpa yang dalam keadaan masalah hidup, penampilan mereka, wajah mereka, semangat mereka sangat menyedihkan. Mama selalu cakap hidup ini pilihan, walau sedih macam mana sekali pun ujian hidup, kita kena gembira.

Apa maksud cantik? Ramai fikir cantik itu perlu kurus, muka perlu cantik dan pakaian perlu mahal-mahal. Tapi mama ada fikiran yang berbeza. Tak perlu pakaian yang mahal untuk cantik dan tak perlukan penjagaan diri yang mahal untuk cantik.

Percaya tak anak-anak itu mengikut setiap apa perlakuan ibubapa. Sebab itu ibubapa perlu menjadi ibubapa yang positif barulah suasana rumah itu positif dan sampai kepada anak-anak.

Dari situ, saya juga terikut-ikut cara mama. Di sini saya senaraikan cara mama jaga diri sampai nampak semuda itu.

1. Fikiran perlu positif. Jangan selalu sangka kita tua tak boleh bergaya. Jangan malas nak jadi positif. Sebab menjadi seorang positif itu perlukan banyak tenaga dalaman.
 
2. Mama pesan cantik itu bermula dari rumah. Rumah kena selalu kemas dan bersih. Add on rumah kena wangi. Rumah mama walaupun kecil tapi sangat kemas, bersih dan wangi.

3. Mama sangat jaga pemakanan dan mama lepas makan tak ada sulaman makan lagi. Mama makan nasi dalam sukatan yang sedikit. 

4. Masa saya bujang, saya tak pandai minum air manis atau air sejuk sebab mama dah ajar dekat rumah, semuanya minum air masak atau orang panggil air putih. Sejak kahwin saja saya pandai sedikit minum manis. Tapi sekarang saya cutdown sugar. Moral of the story, nak kurus dan cantik NO SUGAR dan NO ICE.

5. Dulu masa saya bujang juga, rumah mama jarang-jarang masak lemak. Masak lebih kepada sup-sup dan banyak makan sayur. Kami juga jarang makan daging.

6. Mama selalu pesan, dekat dalam rumah pun kena cantik kena wangi. Masa saya baru kahwin, mama pesan dalam rumah pun pakai lipstik, pakai perfume. Rumah mama banyak perfume. Kadang-kadang mama pakai perfume macam mandi perfume, saya pun terikut mama macam tu.

7. Minum air masak banyak-banyak. Mama pergi mana-mana mesti bawa air masak. Bab ni saya selalu gagal. Nak disiplin tapi kadang-kadang selalu lupa bawa botol air masak. Adik saya yang kecil terikut cara mama. Pergi mana-mana bawa botol air masak.

8. Pakaian pula mama pesan walaupun tua jangan pakai baju yang perlu nampak kita tua tapi jangan menjolok mata. Berpadanan dengan usia tapi bukan baju orang tua. Mama pun pakai baju ikut trend. Sebab tu mama selalu cantik.

9. Makan jamu. Dulu mama pemakan jamu tegar. Saya masa bujang pun makan jamu walaupun orang selalu cakap bahaya anak dara makan jamu nanti susah nak mengandung. Susah nak percaya sebab tengok orang Indonesia semuanya makan jamu lepas datang period. Jadi saya tak nak dengar cakap mereka dan terus makan jamu sampai sekarang. Makan jamu jangan overdose. Apa saja kita ambil berlebihan, ia akan memudaratkan diri kita. Minum banyak air masak.

10. Skincare pun penting. Mama sangat jaga muka walaupun muka mama juga muka saya tak seflawless muka orang-orang sekarang tapi basic jagaan memang tak tinggal. Facial wash, day cream dan night cream.

11. Bila umur dah 35 tahun ke atas, mama pesan perlu ambil multivitamin, vitamin C dan fish oil kerana pada masa itu tenaga kita dah hampir kurang. Kita perlukan suppliment untuk support badan kita. Badan lemah macam mana nak urus rumah, badan lemah macam mana nak kerja, badan lemah macam mana nak ada tenaga dan yang paling penting badan lemah kita tak mungkin jadi positif. Anak-anak pun nanti akan jadi lemah bila kita sebagai ibu orang yang lemah.

12. Kini juga saya amalkan makan Noura Vitamin C, selain untuk kulit, ianya juga membuatkan diri saya kenyang. Jadi saya dapat kekal cantik dan langsing. Nak tahu apa itu Noura boleh hubungi saya.

13. Umur dah meningkat 60an, pasti mama dah beruban tapi mama tetap inaikan rambut. Sampai saya pernah tanya nak buat apa inai rambut? Siapa nak tengok pun sebab mama pakai tudung. Mama jawab "kita cantik untuk diri kita sendiri"

Disebabkan cara penjagaan makan mama dan penampilan mama, mama kekal langsing, cantik dan bergaya.

Jadi, ini saja tips yang simple. Tak ada yang pelik. Mama selalu pesan, jangan nak jadi cantik untuk orang lain atau suami tapi jadi cantik untuk diri sendiri, baru kita akan lebih appreciate diri kita.

Sebenarnya dari apa yang mama buat adalah apabila kita jaga diri kita, appreciate diri kita barulah suami akan sayang dan appreciate kita, barulah orang sekeliling akan suka dan appreciate kita dan barulah orang akan suka berurusan dengan kita. 

Bagi saya, jaga diri kita juga akan memberi impak dalam hidup kita samada rumahtangga dan juga kerjaya kita. Mat salleh selalu cakap "first impression is very important". Apa tu first impression? Maksudnya penampilan kita.

Saya kekal gunakan semua tips di atas kerana tugas sebagai seorang Perunding Hartanah, kita perlu sentiasa semangat dan positif dan berpenampilan kemas. 

Buat kawan-kawan yang membaca, bolehlah cuba tips di atas. Anda pun boleh cantik dan awet muda.

Selamat mencuba.




Orang selalu anggap kami adik beradik

 

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.