Tip Untuk REN - PKPB Datang Lagi, Set 14 Hari Goal Setting

13:49

 


Salam semua. 

Hari ini bermulanya PKPB di  Selangor, KL dan Putrajaya. Bermula tarikh 14/10/2020 sehingga 27/10/2020. Langkah kerajaan melaksanakan PKPB atas dasar menyekat kadar peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini.

Perlaksanaan ini memberi kesan ke atas kebanyakan orang dan juga ekonomi negara. Tetapi setiap masalah adalah peluang. Setiap apa saja masalah yang berlaku sebenarnya Allah ingin kita berfikiran lebih kreatif dari kini. Jika perniagaan offline terganggu, ini masanya untuk anda mahir perniagaan online. Dari sini, mungkin anda akan mendapat keuntungan berkali ganda dari perniagaan offline.

PKPB kali ini tidak seketat PKP sebelum ini. Ini bermakna anda masih lagi boleh berurusan seperti biasa tetapi jika tidak perlu, lakukan WORK FROM HOME saja. Biasakan diri dengan "Work From Home" kerana ini mungkin norma baru untuk kita beberapa tahun ini. Kita tidak tahu berapa lama penyakit Covid-19 ini akan berakhir.

Baik, buat Perunding Hartanah, dalam tempoh 14 hari ini, anda boleh rancang apa yang anda nak capai dalam tempoh 14 hari ini. Tip ini juga anda boleh lakukan samada untuk 14 hari, 3 bulan dan setahun. 

Sebagai seorang Perunding Hartanah, kita juga dianggap sebagai 'Business Person' dan sebagai seorang 'Business Person', kita perlu tetapkan matlamat dan 'goal' kita setiap tahun. Tanpa matlamat dan 'goal' umpama kita bawa kereta tanpa arah dan tujuan.

Tip nak tetapkan matlamat;

1. Anda perlu ada 'Goal Setting'. Apa anda nak capai dan berapa anda nak capai.
2. FOCUS. Perkara ini sangat penting kerana tanpa FOCUS, 'Goal Setting' anda tidak berjaya. FOCUS adalah KUNCI KEJAYAAN kepada 'Goal Setting' anda.
3. Setelah anda telah buat 'Goal Setting' anda, anda perlu rancang 'PLAN' untuk melaksanakan 'Goal Setting' anda.
4. Paling penting adalah TETAP DENGAN MATLAMAT GOAL SETTING anda. Saya teringat kata-kata seseorang "Anything that was ordered to me and it is not in my plan, it is a distraction. I will not entertain". Orang yang berjaya adalah orang yang 'FOCUS' dan 'STICK TO THE PLAN' sehingga dia mencapai kejayaan.

Bagaimana Nak Buat 'Goal Setting'?

1. Anda perlu 'SPECIFIC'

Contoh dalam tempoh 14 hari, berapa jualan anda nak capai? 1 jualan, 2 jualan atau lebih? 

Lebih 'specific' lagi adalah berapa jumlah jualan? 500K? 1 juta? atau lebih?

Lebih 'specific' lagi adalah 'new project' atau 'subsale', sewa atau jual, rumah, kedai, kilang atau tanah?

SPECIFIC sangat penting. Umpama kita minta doa dekat Allah, minta doa 'SPECIFIC' setiap hari, Allah akan makbulkan satu hari nanti. Jangan jemu buat 'SPECIFIC' doa pada Allah. Begitu juga dengan amanah kerjaya kita, jangan jemu untuk buat kerja secara 'SPECIFIC' kerana dengan ini anda akan capai matlamat 'Goal Setting' anda.

2. MEASURABLE. Erti kata lain, apabila tetapkan 'Goal Setting' anda perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan ikut-ikut orang.

Contoh, andai baru nak mula kerjaya sebagai Perunding Hartanah, belajar jual rumah bawah RM500K dahulu barulah anda boleh jual rumah RM1 juta ke atas. Setiap peringat harga rumah yang anda jual adalah berbeza kerana pemikiran mereka yang membeli rumah bawah RM500K ke bawah berbeza dengan pemikiran mereka yang membeli rumah RM1 juta ke atas. Perlu guna skill komunikasi dan negosasi berbeza.

Dalam tetapkan 'Goal Setting', andai anda belum pernah buat RM100K, jangan buat 'Goal Setting' RM500K kerana anda tak akan mampu capai membuat RM500K tanpa ada pengalaman membuat RM100K. Jangan gelojoh kerana ini bukan pertandingan. Tingkatkan 'Goal Setting' tahun demi tahun.

3. ATTAINABLE. Setelah anda buat 'Goal Setting' pastikan ianya mampu anda laksanakan. Cara perlaksanan anda dan marketing anda. Pastikan anda benar-benar bersedia melaksanakan 'Goal Setting' anda.

4. RELEVANT. Pastikan 'Goal Setting' anda adalah 'relevant' untuk anda laksanakan sehingga anda tercapai matlamat anda.

5. TIMELY. Pastikan setiap 'Goal Setting' ada tarikh untuk dicapai. Dengan adanya 'DATELINE' sebegini, barulah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk capai.

Goal Setting juga anda boleh pecahkan kepada 4 bahagian. Untuk ini, anda boleh tetapkan kepada 'Goal Setting' untuk setahun.

1. PEOPLE - Apa yang anda nak lakukan kepada orang lain. Contoh lakukan kebajikan, sedekah dan bantu mereka yang susah.

2. CAREER - Anda nak naik jawatan apa dalam agensi anda? Contoh, team leader, team manager.
3. GROWTH - Anda nak belajar apa untuk improve diri anda. Contoh belajar skill komunikasi, belajar memasak.
4. WEALTH - Berapa banyak wang dan harta anda nak capai? Contoh RM100K dalam akaun bank.

Dan setiap bahagian yang telah anda tetapkan, anda perlu ada target, bila nak capai dan bagaimana cara nak capai. Lagi sekali 'BE SPECIFIC'

Sebagai Perunding Hartanah, tempoh PKPB 14 hari ini ,apa yang boleh kita laksanakan?

Anda boleh lakukan seperti contoh ini.

Target: Jual 1 Unit New Project
Harga: RM900K
Tarikh Untuk Capai: 27hb Oktober 2020
Cara Perlaksanaan:
- Setiap hari share di media social (FB, IG)
- SMS Blast 500/sehari
- Cold Call 30/sehari
- FB Ads (3 Ads)
- Berkongsi dengan kawan 10/sehari

Sekian sharing saya. Semoga ianya dapat bantu Perunding Hartanah diluar sana. 

Terima kasih kepada Team Elite Legacy kerana berkongsi dan pastikan team berada di landasan dalam tempoh ujian Covid-19. 

Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya di 017-2672013.

Selamat menjalani PKPB dengan senyum dan tenang.



FOCUS adalah sangat penting

Cara buat 'Goal Setting'


















You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.