Solat Taubat Perlu Dibuat Setiap Hari

23:08


Salam semua. Selamat malam juga buat semua. Hari ini saya nak share tentang solat taubat.

Dulu-dulu saya selalu fikir, solat taubat ini hanya perlu di buat oleh orang yang berbuat dosa-dosa besar. Jahil sungguh rupanya pemikiran saya.

Tahu tak anda bahawa kita sebenarnya digalakkan solat taubat setiap hari? Pasti ramai berfikir "aku tak buat dosa pun hari ni, solat pun tak tinggal, kenapa nak buat solat taubat?"

Anda sebenarnya dah silap pemikiran. Sebenarnya setiap saat kita berbuat dosa. Sebab hidup kita sebenarnya perlu ingat Allah. Sesaat kita lupa Allah, kita telah dikira berdosa. Jangan tanya kenapa begitu kerana tiada siapa pun ada jawapannya.

Semakin hari kita lupa bertaubat, titik hitam mula bertanda di hati. Makin hari makin banyak titik hitam. Sebab itu ada timbul penyakit hati.

Sebab itu sekarang terlalu banyak penyakit jiwa, panas baran, benci membenci, pergaduhan, masalah sosial dan macam-macam lagi kekalutan yang wujud dari pemimpin negara sehinggalah masyarakat semua. Masyarakat kita semakin tenat dengan masalah ini semua.

 Sebenarnya kita semua tak sedar ramai kalangan kita ada penyakit hati akibat dosa-dosa kita setiap hari.

Tak percaya? Kalau tak percaya cuba check diri kita, jika kita tak mampu nak berkasih sayang sesama manusia, keluarga kita, sanak saudara kita, jiran-jiran kita dan juga kawan-kawan kita, itu menandakan hati kita keras. Kalau kita tak mampu mengalirkan airmata apabila dengar ayat Allah, itu tanda hati kita telah mati.

Oleh itu, marilah kita solat taubat setiap hari. Semoga titik-titik hitam hilang dari hati kita.

Insya allah, kita sama-sama berubah, begitu juga saya seorang pendosa yang ingin ke syurga.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.