2,400 Pekerja Air Asia Kehilangan Pekerjaan, IQI Sediakan Training Percuma

19:17



Semenjak isu Covid-19 melanda seluruh dunia, negara kita juga tak terlepas dari masalah ini. Isu ini beri kesan dan tamparan yang hebat kepada ekonomi dan juga perniagaan.


Banyak bisnes yang telah gulung tikar dan ramai juga telah diberhentikan pekerjaan. Ianya satu tekanan dan tamparan yang hebat kepada mereka.


Industri yang terkesan hebat akibat Covid-19 ini adalah syarikat penerbangan. Tak ada siapa sangka Covid-19 beri tamparan yang hebat kepada ekonomi. Andai diberi pilihan, tiada siapa yang mahukan Covid-19 ini.


Dijangka banyak lagi perniagaan akan terjejas dan jumlah mereka yang tiada pekerjaan juga meningkat 700,000 orang. Atas dasar tanggungjawab, syarikat hartanah IQI ingin memberi peluang training PERCUMA kepada bekas pekerja Air Asia yang kehilangan pekerjaan.


Training PERCUMA ini adalah persediaan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai E-Commerce.


Ini adalah peluang yang baik buat mereka. Perlu percaya bahawa setiap ujian adalah kerana kita akan mendapat lebih baik dari sebelumnya.


Training ini memakan masa 80 jam untuk topik-topik berikut.


Antara topik-topik yang di ajar adalah;


1. Pengenalan kepada Facebook
2. Pengenalan kepada Facebook Perniagaan
3. Facebook marketing
4. Pengenalan kepada Instagram
5. Pengenalan kepada Instagram Perniagaan
6. Instagram marketing
7. Pengenalan kepada LinkedIn
8. Pengenalan kepada LinkedIn Perniagaan
9. Instagram LinkedIn
10. Google Adwords
11. Pengenalan Kepada Video Marketing
12. Keberkesanan Video Marketing Kepada Perniagaan
13. Kehebatan Storytelling
14. Bina konten strategi bagi media sosial
15. Cara berkesan mempromosi konten
16. Strategi SEO bagi bisnes
17. Bina strategi website
18. Graphic design
19. Bagaimana memulakan perniagaan dari zero
20. Bagaimana menjadi seorang usahawan
21. Corporate training and development
22. Bagaimana bina kertas kerja
23. Teknik belajar dengan cepat dan meningkatkan ingatan


Melihat dari senarai yang diajar, saya percaya ramai yang berminat untuk belajar. Jangan risau, jika ada permintaan yang tinggi, IQI akan membuka peluang yang baru.


Buat bekas pekerja Air Asia, ini adalah peluang yang baik buat anda. Dengan adanya ilmu perniagaan, anda boleh memulakan perniagaan anda dengan segera. Ianya tidak terhad dengan sekadar menjadi Perunding Hartanah.


Buat kawan-kawan, berita baik perlu disebarkan. Bantulah ringankan beban mereka. Tiada siapa yang tahu berat bahu mereka memikul beban yang sedang mereka tanggung ketika ini.


Buat bekas pekerja Air Asia, jangan risau training ini diberi secara PERCUMA oleh IQI


Boleh baca berita ini di link di bawah;

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.