Kenapa Ada Orang Suka Condo Atau Service Residence Berbanding Rumah Landed?

16:58





Dunia kini mengalami perubahan zaman yang mana boleh dilihat dengan perkembangan teknologi dan inovasi. Dengan perkembangan teknologi dan inovasi, iainya juga mempengaruhi keperluan dan kehendakan manusia.


Atas dasar itu, semakin ramai yang menukar kehendak kepada keperluan dan tanpa kita sedar ianya semakin menjadi cara hidup kita. Contoh memakai IPhone, ada yang mengangap IPhone membantu urusan kerja mereka.


Contoh lain pula, sekarang ini minum kopi juga kita bukan hanya memilih sekadar untuk menikmati kopi tetapi suasana kedai yang tenang, damai dan ada juga sebagai satu standard dalam lifestyle mereka. Contoh Starbuck atau Coffee Beans.


Dalam pencarian rumah juga, citarasa masyarakat juga berubah. 10 tahun lepas, mereka yang mengangap rumah hanyalah tempat untuk berlindung dan tempat tinggal.


Tetapi kita citarasa kini telah bertukar. Ramai yang memilih high rise condo dan service residence.


Berikut adalah faktor yang mempengaruhi emosi mereka untuk memilih high rise condo dan service residence.


1. Faktor Keselamatan.

Kebanyakannya memilih high rise atas dasar faktor keselamatan kerana terlalu banyak jenayah yang berlaku kini. Condo dan service residence menjanjikan 2 tier atau 3 tier keselamatan. Keselamatan keluarga lebih diutamakan.


2. Fasiliti Yang Lengkap.

Kebanyakan mereka juga memilih condo dan service residence adalah atas sebab-sebab fasiliti yang banyak disediakan. Contoh seperti swimming pool, gim dan banyak lagi disediakan. Mereka lebih jimat wang dan masa walaupun membayar maintanance fee kerana bayaran diluar lebih mahal. Contoh membership gim bulanan juga melebihi RM150 sebulan.


3. Binaan Dan Struktur Yang Mewah.

10 tahun lepas, untuk mendapat high rise condo dan service residence yang cantik dan kelihatan mewah, harganya melebihi RM1 juta tetapi kini anda boleh mendapat suasana mewah yang sama seperti condo RM1 juta dengan harga bermula RM500K. Ramai memilih untuk tinggal di condo dan service residence kerana binaan dan struktur yang mewah dan harga mampu untuk dimiliki.


4. Lifestyle 

Ramai juga yang memilih high rise dan service residence yang mempunyai struktur yang mewah dan ekslusif fasiliti adalah sebagai lifestyle hidup yang dianggap mewah. Mereka mengangap ini adalah 'standard of living'.


Ini adalah beberapa sebab mereka memilih high rise sebagai kediaman mereka.


Dengan senarai faktor-faktor di atas, saya mempunyai banyak senarai hartanah high rise di lokasi yang strategik, binaan yang berkualiti, lifestyle yang mewah dan juga harga yang mampu dimiliki.


Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh hubungi saya di 017-2672013











You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.