Kembali Menulis

20:26



Diari: 7/11/18

Hari ini akak menulis kembali. Hampir 2 tahun akak tinggalkan. Semuanya kerana gara-gara kesibukan.

Maka selama 2 tahun jiwa akak hilang. Selama 2 tahun akak tak berkomunikasi dengan diri akak sendiri.

Akak memang suka menulis. Menulis bagi akak adalah satu perkongsian akak pada semua orang. Samada apa yang akak tahu, belajar dan apa yang akak rasa.

Menulis juga boleh buatkan hati yang sedih jadi gembira, hati yang marah jadi reda dan hati yang rindu jadi hilang kerinduan. Menulis juga satu keseronokan. Hanya seorang penulis saja yang memahami.

Selain dari itu, banyak manafaat menulis yang ramai tak tahu. Selain dari itu, suka berkongsi buatkan akak suka menulis.

Semoga akak mampu terus menulis. 

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.