Sesungguhnya Amanah Itu Amat Berat

21:00

Diari: 17hb November | Sabtu



Hari ini akak bekerja. Ada 2 tempat akak perlu pergi. Pertama di TTDI KL dan kedua di Saujana Utama.

Kalau diikutkan badan, akak rasa penat sangat. Semalam sampai rumah pukul 12.30 malam. Mandi, solat dan siapkan si comel ni dah hampir 1.30 pagi. Alangkah indahnya kalau dapat berehat.

Tapi bila mengenangkan kerja akak adalah amanah dan tanggungjawab akak, maka akak gagahkan diri juga. Dunia pun bukan tempat untuk berehat Allah bilang.

Kalau kita kupas tentang amanah, tak ada siapa-siapa yang sanggup nak memegang apa-apa jawatan. Alangkah hebat dan beratnya tanggungjawab dan amanah itu.

Jangankan nak jadi Perdana Menteri, nak jadi Pengerusi Persatuan Penduduk pun orang tak mahu andai kita selam sedalamnya erti amanah itu. Sangat berat.

Seperti kata-kata di dalam Quran, Allah swt memerintahkan kepada hamba-hambaNya supaya menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw bersabda "Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberikan amanah kepadamu dan janganlah berkhianat terhadap orang yang mengkhianatimu"

Oleh kerana amanah inilah, akak sebagai Perunding Hartanah akan jalankan amanah akak untuk bantu pemilik rumah dapatkan pembeli rumah mereka dan juga akak akan bantu mereka yang nak cari rumah idaman mereka.

Hari ini akak bekerja ditemani cik abang korea akak dan si comel akak, Alya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar cuma temujanji akak dengan pembeli rumah Saujana Utama tak dapat datang kerana kemalangan kereta. Alhamdulillah mereka selamat cuma kereta teruk sikit. Semoga Allah mudahkan urusan mereka.

Itu saja catatan diari akak untuk hari ini. Selamat malam semua.


Ini gambar akak fefeling sendiri sebab in love sangat dengan background ni. Cantikkan?


Si comel ni selalu akan teman akak di Sales Gallery

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.