Kejayaan Itu Perlu Dicipta, Bukan Ditunggu

21:07

Hari ni Irfan cakap dia kena ambil anugerah tapi Irfan sendiri pun tak tahu anugerah apa. Yang no 2 ni memang macam ni tapi takpe, akak pergi sekolah support.
.
Walaupun akak tak tahu anugerah apa tapi hati akak excited and bersemangat. Tak kisahlah Irfan dapat anugerah apa.
.
Sampai sekolah, akak dapat tahu yang Irfan dapat anugerah pencapaian terbaik dalam kelas. Alhamdulillah.
.
Tak mudah nak capai kejayaan. Banyak pengorbanan kena buat. Akak tahu Irfan penat berusaha tahun ni. Kata kunci memang akak akan paksa.
.
Biarlah dia nangis, biarlah orang nak kata akak garang suka jerit dan biar anak-anak tak suka tapi akak tetap paksa.
.
Bukan hanya Irfan saja yang banyak berkorban tapi akak sebagai ibu juga buat banyak pengorbanan.
.
Walaupun akak sibuk bekerja tapi akak tetap nak jadi mama yang betul-betul bertanggungjawab didik anak-anak yang terbaik di dunia dan akhirat.
.
Akak bersyukur setakat hari ini. Keputusan UPSR minggu depan. Akak terima apa saja keputusan Irfan sebab akak tahu Irfan dah usaha sehabis baik untuk UPSR tahun ni.
.
Allah dah bagi kita amanah untuk didik anak-anak kita. Tunaikanlah.
.
ZeelaLamin.com
REN23304
Kaizen Realty
.
#renlife #propertyagent #zeelalamin #upsr #anugerahcemerlang #anak #family

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.