Hidup Kena Plan, Beli Rumah Pun Kena Plan

03:30



Semalam, hari yang padat. Dari awal pagi akak update listing dan follow up client sampai ke tengahari di AK Bistro, Saujana Utama.

Untungnya kerja Perunding Hartanah ni, amat fleksibel coz boleh buat di mana-mana je. Balik rumah, akak siapkan masakan dan kerja rumah yang lain. Kemudian ke The Curve untuk jaga booth projek baru TTDI KL.

Rupanya ramai pembeli berminat cari rumah sendiri terutamanya yang dekat dengan pusat bandaraya KL.

Untuk pilih hartanah ini, 1st thing kita kena buat adalah identify lokasi dulu dengan ambil kira jarak hartanah ke pusat bandar atau ke tempat kerja kita.

Lagi dekat jaraknya, maka lagi bernilailah hartanah tersebut kerana dekat dengan pelbagai kemudahan, jaringan lebuhraya dan permintaan sewa yang tinggi.

Lepas dah tahu lokasi sasaran, barulah boleh cari rumah yang nak beli tu.

Yelah kan dik, ramai yang berkerja di pusat bandar. Of course diaorang nak dekat dengan tempat kerja.

Pokok pangkalnya PLAN dulu dik. Rancang kerja kita setiap hari dan kerja akan berjalan dengan lancar.

Zeela Lamin
REN 23304
Kaizen Realty


You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.