Kisah Penghijrahan Neelofa Jadi Inspirasi. Jangan Pandang Rendah Setiap Perubahan Orang

15:29


 Salam Ahad buat semua.

Hari Ahad hari ni pasti ramai yang ingin lebih berehat dan tenang di samping keluarga tersayang.

Jadi saya nak share satu berita yang sedang hangat diperkatakan. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang artis, pengacara dan juga seorang usahawan yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya dan juga ramai wanita di luar sana iaitu Neelofa kini memilih untuk berniqab. Ye, berniqab.

Saya pasti ianya satu keputusan yang bukan mudah buat Neelofa tapi sudah pasti dia telah bersedia sepenuhnya untuk berniqab.

Ramai yang memuji, malah ramai juga yang mengeji. Bagi saya, hanya Neelofa saja yang memahami mengapa perubahan itu perlu dia buat. 

Saya amat puji sikap beliau. Dari tidak bertudung, kemudian bertudung dan kini berniqab. Ramai yang mengatakan adakah beliau akan istiqamah dalam berniqab? Bagi saya kita sama-sama berdoa yang terbaik buat beliau.

Setiap perubahan yang kita ambil, adakalanya kita tak mampu untuk istiqamah tetapi terus baiki hati dan amal kita. Insya allah kita akan dapat jawapan dalam diri kita.

Bagi saya jangan hina setiap apa kebaikan yang orang lain sedang buat. Sekurang-kurangnya dia berjuang untuk baiki diri dia dari kita sering cari kesilapan orang lain.

Neelofa is so fantastic. "You go gurlzz. Keep inspire people as you always did. A haters will always be a haters. Just let them talk until they are done"

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.