Kembali Menulis

12:00

 


Salam buat semua.

Dah lama rasanya saya tak menulis di sini. Sampaikan saya tak tahu nak tulis apa. Bila kebiasaan yang kita buat dan kita tinggalkan terlalu lama, memang akan rasa kekok untuk mulakan semula. Begitu juga kehidupan, apa saja kebiasaan yang kita sering lakukan dan telah tinggalkan sekian lama, maka amat susah nak dimulakan. Lebih susah dari kita baru mula belajar untuk lakukan.

Bagi siapa yang belum kenal saya, saya ialah Zeela Lamin. Saya ialah seorang surirumah, bekas pekerja Maybank dan kini memilih kerjaya sebagai Perunding Hartanah.

Ini blog baru saya. Blog lama saya lebih dikenali sebagai Fashion Designer, tukang jahit dan pemilik butik muslimah online. Blog baru saya ini lebih saya nak kongsikan mengenai hartanah.

Hari ini 8/10/2020, negara kita masih lagi cemas dengan isu Covid-19 yang mendadak meningkat selepas pilihanraya di Sabah. Rakyat marah sana sini akibat sikap pemimpin yang tetap menjalankan pilihanraya saat isu Covid-19 masih belum reda.

Buat diri saya, tahun ini saya telah ambil satu keputusan yang berani dalam kerjaya saya. Saya bertukar agensi hartanah sebanyak dua kali dalam tahun ini. Kini saya memilih untuk bersama dengan IQI Realty, satu agensi hartanah yang terkemuka di Malaysia.

Tetapi dalam setiap keputusan pasti ada kesan. Kalau dulu saya tak pernah terkesan pun untuk perkara-perkara macam ni tetapi kini ada sedikit kesan kerana saya pernah depresi. Walaupun telah sembuh tetapi adakalanya ia datang.

Sedih dengan kehilangan rakan-rakan. Sedih kerana tempatkan mereka dalam diri bahawa mereka adalah rakan kita. Sedih kerana kecaman yang dilemparkan. Dalam masa yang sama juga saya bersyukur kerana dari sini kita kenal siapa rakan kita.

Dan sedih saya ini terbawa-bawa sehinggakan saya hilang diri saya. Lagi sekali saya hilang diri saya. Saya pernah hilang diri saya 8 tahun lepas. Sehinggakan saya tanya diri saya, adakah depresi saya datang kembali?

Tapi, saya bukan orang yang jenis mengalah. Saya tetap akan lawan. Bagi mereka yang tak pernah faham apa sakit ini, mereka tetap tak akan faham. Betapa orang seperti kami berjuang untuk bangkit dan lawan setiap hari.

Pasti ramai fikir saya bersedih dengan tempat baru. Tempat baru ini tak ada kena mengena dengan rasa saya yang saya pun tak faham untuk apa kesedihan saya ini. Saya bersedih teruk tanpa tahu apa punca.

Saya suka tempat baru dan saya suka leader dan team yang saya pilih. Belum sempat saya nak serasi bekerjasama dengan mereka, penangan Covid-19 melanda. Saya suka mereka kerana cara kerja mereka, teamwork mereka, pembawakan mereka yang simple dan sangat humble. Nanti saya akan cerita siapa mereka.

Hari ini, saya beritahu diri saya "Zeela, berhenti bersedih. Kalau sedih, tahan hati tu supaya tak terbawa-bawa. Bangkit Zeela. You can do it!! You cry for no reason. This is not you"

Saya mohon doa kawan-kawan semua. Doakan saya sembuh sepenuhnya. "I want to be the first lady in this industry and I want to help many people like me to 'bangkit' kerana hanya saya saja yang faham bagaimana seorang depresi nak bangkit".

Saya doakan semua kawan-kawan akan terus bahagia dan berjaya. Bersabar dengan isu Covid-19 yang melanda negara kita dan juga satu dunia. Allah uji kita kerana nak beri yang terbaik buat kita.

Gambar di bawah ini adalah gambar terakhir sebelum angka Covid-19 meningkat. Pada masa ni, saya sedang sibuk untuk persiapan videoshoot awareness tentang hartanah di Damansara Perdana.

Sekian catatan kembali menulis saya.










You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.