RAMAI SALAH SANGKA. WANITA SUCI BUKAN SEKADAR PERAWAN

18:34



Semalam akak diberi peluang sekali lagi untuk datang kuliah dhuha. Dah lama tak datang sejak sibuk. Baru 3 minggu lepas datang ke kuliah Ustaz Hanafiah Malik.

Semua ini gara-gara teguran Ustaz Al Faqir Ust Kamal ..allahu akak tiba-tiba terasa jahil. Ilmu dunia dikejar terus tetapi ilmu akhirat akak tak cari. Terima kasih ustaz atas teguran.

Bila ustaz tegur, akak terasa dah tiba masanya akak susun masa akak, schedule akak dan kesibukan akak. Tiba-tiba akak terasa ajal semakin hampir. Kalau akak tak sempat buat segala amal, bagaimana kematian akak? Akak malu mengadap Allah dengan dosa yang menggunung.

Apa yang ustaz tegur tu betul. Berguru 'face to face' itu lebih bagus. Berkat orang kata. Kalau boleh cari ilmu agama biar sampai ustaz atau ustazah kenal kita sebab nanti di padang Masyar, kot-kot kita terjatuh dalam api neraka, diorang nampak "ehh, anak murid akulah" terus disambut tangan kita dan pimpin kita ke syurga...insya allah.

Tak salah belajar sendiri dengan baca buku atau dengar kuliah dari Youtube. Cuma kelebihan banyak apabila kita berguru 'face to face'. Kan orang selalu cakap, lihat di mana kaki kita sering melangkah dan masjid-masjid adalah taman-taman syurga. 

Ok akak nak share apa yang akak belajar dari kuliah semalam. Kali ini akak dapat 'face to face' belajar dari Oki Setia dari Indonesia. Masya allah, benar-benar berubah beliau. Dari seorang pelakon yang seksi kini benar-benar berhijrah ke jalan Allah. Semua orang boleh menjadi seperti beliau. Berazam, berdoa dan istiqomah dalam hijrah kita.

Kata Oki, ramai wanita yang perawan tetapi tidak suci. Apa maksud perawan? Maksudnya lapisan dara yang tidak terkoyak. Maksudnya, masih perawan tetapi tidak menutup aurat, perawan tetapi akhlaknya tidak baik, perawan tetapi tidak berusaha pelajari agama. 

Dalam Quran, dijelaskan ciri-ciri bidadari syurga;

AKHLAK

Di dunia, wanita ini akhlaknya penuh dengan cinta. Cinta dengan apa saja. Bukan cinta tiga segi tau tapi cinta apa saja. Sehinggakan orang melihatnya juga merasa cinta kepada mereka.

Mereka juga sopan, berakhlak baik dan tidak disentuh mana-mana lelaki. Menundukkan pandangan dari mana-mana lelaki. Bukan nampak lelaki kena tunduk tetapi memandang dengan pandangan nafsu yang tunduk dan hanya bercakap yang perlu. Kalau jumpa lelaki, tunduk je payah jugak nak meneruskan kehidupan dik.

TIDAK BERLIARAN

Bidadari syurga tidak berkeliaran sana-sini. Keluar dengan sebab yang benar. Yang penting minta izin dan menutup aurat dengan rapi. Ye minta izin, bukannya dah sampai baru nak inform. Tu bukan minta izin.

BERSABAR DALAM IBADAH

Beribadah perlu kesabaran. Nak jadi bidadari syurga kita perlu menekan dan menolak hawa nafsu dan meneruskan ibadah kepada Allah. Nafsu apa nak tekan? Nafsu tengok drama, cerita korea, tidur lama, main game dan macam-macam lagi. Huhu...boleh ke

Wanita bidadari syurga adalah seorang yang sabar. Sabar sabar dan terus sabar walau apa saja masalah, ujian dan dugaan yang datang. Lebih-lebih kita wanita yang sedang hidup di akhir zaman, politik, ekonomi dan sosial semakin rumit. 

IKUT ROLE MODEL

Pelajari akhlak 4 wanita yang dijamin masuk ke syurga iaitu Siti Khadijah, Aisyah, Fatimah dan Maryam.


Ada 8 Point Nak Jadi Wanita Bidadari Syurga

1.HUTANG

Tidak ingkar dalam bayar hutang. Orang yang masih tidak membayar hutang, rohnya akan tergantung walaupun sepatutnya boleh masuk syurga.

Berhutang juga jangan ada unsur riba. Yang membuat hutang, perlu berusaha melunasi hutang. Yang memberi hutang, jika berkemampuan, anggap hutang sebagai sedekah.

2. QURAN

Nak jadi bidadari syurga, perlu pelajari Al-Quran. Dah pandai kena pula ajar orang membaca Al-Quran.

3. SEMBUNYI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DIRI

Sebaik-baik orang adalah dijaga kebaikannya dan selindungi keburukannya.

4. JADI YANG TERBAIK

Jika kita seorang isteri, maka perlu berazam dan jadi seorang isteri yang terbaik. Begitu juga jika seorang ibu atau anak, perlu juga berazam menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak dan anak pula berazam menjadi anak yang terbaik untuk ibu ayah.

5. ADAB MENUNTUT ILMU

Sebaik-baik wanita adalah yang paling baik akhlaknya ketika menuntut ilmu. Dalam menuntut ilmu ada adabnya.

6. BERI MAKAN ATAU SEDEKAH

Wanita bidadari syurga juga adalah orang yang suka memberi orang makan kepada orang lain. Atau beri sedekah dan infaq harta.

7. UMUR

Orang yang paling baik adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.

8. BERMANAFAAT

Orang yang paling baik adalah yang bermanafaat untuk orang lain.


Oki juga sambung, Allah sentiasa mengampuni setiap dosa mereka yang bertaubat dan pendosa juga mempunyai peluang untuk menjadi wanita bidadari syurga.

Oki bilang, hati-hati dengan apa saja yang kita suka kerana Allah akan matikan kita dalam keadaan apa saja yang kita suka lakukan.

Bagaimana nak hindarkan diri dari berbuat atau memikirkan dosa? Mudah saja. Sibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang baik akan membuatkan kita tiada masa untuk membuat dosa.

Istiqomah dengan beramal. Setiap hari setiap wanita punya peluang menjadi bidadari syurga asalkan sentiasa bertaubat kepada Allah.


Sekian perkongsian akak.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.