Isu Leaking dan Strata Act

18:53



#throwback

Kisah ni panjang sikit. Mungkin boleh jadi panduan atau guideline untuk #propertyagent yang baru. Proses ni ambil masa yang lama. Hampir 3 minggu setelah buyer dan owner setuju dengan harga dan syarat-syarat lain tapi masih tak settle.

Sebenarnya buyer dah sign SPA seminggu selepas bayar Earnest Deposit. Cepatkan lawyer buat kerja. Terima kasih pada lawyer En Idzwan. Boleh contact En Idzwan kalau nak.

Salah faham berpunca dari miscommunication dengan owner tentang leaking. Ye, leaking memang isu yang besar. Lebih-lebih lagi bangunan seperti apartment, kondo atau yang berstrata title.

Buyer nak semua perkara selesai bila VP. Tapi owner tak nak bagi jaminan sebab bukan dia yang perlu keluarkan kos untuk baiki.

Apa yang owner cakap tu dah betul sebab dalam Strata Act memang mengatakan, apa saja leaking dari atas, orang rumah atas bertanggungjawab untuk baiki dan kos juga ditanggung orang atas. Owner hanya perlu follow up dengan JMB je.

Apa JMB? Maknanya Joint Management Body. Ianya satu badan pengurusan bangunan berstrata.

Hampir satu jam semalam terangkan pada buyer tentang Strata Act ni bagaimana cara owner akan follow up dengan JMB. 

Peranan JMB pula adalah inform orang atas untuk baiki. Semua proses adalah secara formal dan bertulis. Jadi, buyer pun happy dengar. 

Nampak mudahkan isu ni tapi ianya complicated kalau kita salah explain. Dalam keadaan ni, kita sebagai agent kena letak diri kita di tempat mereka iaitu buyer atau owner. Baru boleh selesai.

Sekian dari;
ZeelaLamin.com
REN23304
Kaizen Realty

#propertyagent #zeelalamin #zeelalaminproperty #kaizenrealty

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.